Sunday, May 06, 2007

Tag AKu dan telefon Bimbit

1. bilakah anda mula menggunakan handphone dalam sejarah hidup anda??
x ingat..rase tahun 2000 kot..since study kt matrik kmns..

2. Apakah Model pertama Handphone yang anda gunakan
Motorola yang boleh baling kat kepala hanjing..x ingat jenis model ape tp mcm bekas air pun buley jugak kalo dilihat dari jauh..

3. mengapakah anda memilih handphone ini sebagai model pertama anda??
Sebab my bro keje kat telekom n die amik enset free yang adik die leh gune utk call family. Study kt kmns masa awal-awal masuk xde public phone..hazab..hazab..

4. adakah model ini yang masih anda gunakan hingga ke hari ini?? jika tidak, berapa kali anda bertukar handphone dalam sejarah hidup anda??
Takde dah. Kalau pakai enset tu, dari bwk henset, baik bawak bekal air.
Lepas tu pakai Sagem (x ingat model ape).
Tukar lak dengan abang pakai Ericsson T10.
Jemu Ericsson,pakai Nokia 3315. (rosak, asik jatuh dari katil 2 tingkat).
Pakai lak nokia 2300(kot..x ingat gak model ape). Paling lama pakai sebab ia kecil tapi lasak. Berjaya menyesuaikan diri dengan tuannya yang hensetnye sering terjatuh tak kira di mana.
Sesudah 4 tahun, enset kesayangan ni dah merajuk sbb keypad dah rosak xmau ganti. Casing patah sanggup pakai casing depan kuning, belakang ungu. Sudahnya, bateri kong x dapat mahap dah. Tensen beli bateri mahal tapi takde efisyen nk upkan servis.
Pakai lak sony ericsson w300i. Sampai sekarang. tapi rekod paling bagus setakat ni sbb enset ni tak pernah jatuh lg. Chaiyok zura...

4. apakah rangkaian talian telekomunikasi pertama yang mula-mula anda gunakan?
TM Touch. Tu zaman dulu sekarang dah panggil Celcom.

5. Adakah anda masih mengekalkan nombor talian telekomunikasi anda sehingga ke hari ini?
Tak larat nak bayar bil. Takde pakwe tapi bil melambung. Ajaibkah? Ntah le. Mungkin sebab Handphone dah jadi Public pHone.
Selepas tu, pakai 012 sampai sekarang. Ye, saya seorang yang setia. Nombor ni saya dah pakai dah nak masuk 7 tahun. Walaupun pelbagai rintangan dan hasutan untuk menukar nombor, saya tetap setia. Jadi maxis, sila beri saya adiah apa-apa yang patut sebagai pelanggan yang setia. Walaupun saya ada juga membeli no digi tetapi no itu hanya sebagai hiasan dan akhirnya tamat tempoh.

6. Dalam sepanjang tempoh anda menggunakan handphone, apakah masalah utama yang sering anda hadapi pada handphone anda..
-Sering jatuh semasa tidur.
-Jatuh keluar dari kereta sebab handset letak kat atas riba.
-Jatuh dari beg sebab kelam kabut nak keluarkan purse.
(ada tak handset yang ada gam temporary?)
-Takde kredit sebab lupa nk reload n time tu lak ada sms-sms penting perlu dijawab.
-Bateri kong.
-Bila sepatutnya masa penting nak gune tepon, bateri kong le, xde kredit le. Network xde. Mencik gile bile time camni.

7. jika di beri peluang, apakah model handphone seterusnya yang ingin anda miliki???
Takde impian. Nak guna handset sebab nak buat panggilan dan sms je. Kelebihan handset sekarang ada walkman, so bleh guna semasa buhsan-buhsan dalam bas nak balik ipoh. So, memang xde impian kecuali kalo ada nak adiahkan enset. Kecik tapak tangan, KLIA saya tadahkan.

virus ni saya sebarkan pada sapa-sapa yang nak buat. Sila-sila..mari sama-sama buat tag.hikss..

No comments: