Tuesday, January 30, 2007

Cerita Hari Ahad

Saya nak bercerita semalam. Tetapi saya di alam yang berlainan. Tengok-tengok jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang dan itulah masa untuk saya bergerak dari opis. Jadi penceritaan bertukar hari.

Ahad, 28hb Januari 2007, Saya, Adah, Suen, dan Kuza mengatur pertemuan di Mid Valley. Pertemuan tiada perancangan membuahkan plan melihat wayang beramai-ramai.

Kuntilanak
Syaitan
Blood Diamond

Cerita yang dipilih,

The Holiday, 5.30 petang.

Cerita mau bermula, masuklah insan glamer yg dah tak bape glamer beserta suami dan anak-anak. Mata saya bukan terpaku pada insan glemer tapi pada anak tirinya. Wah, hensemnya dia. (kata nafsu yang jahat). Tapi agak sedikit tidak bertamadun. Kaki di angkat di atas kerusi hadapan. Heh, reject, reject. Gaya seperti Orang Kaya Berlagak. Tidak termasuk di dalam lelaki impian saya. (hihihi)

Cerita tamat, mungkin insan glemer ingat dia akan diserbu. Malangnya tidak.

Secara jujurnya, comel dan manis dipandang insan glamer ini. Saya juga boleh tertawan. Tapi jangan la ada yang membuat kesimpulan, saya ini hanya berminat pada perempuan. Salah sama sekali. Saya masih normal.

Kesimpulan yang boleh dibuat, Cerita itu buatkan saya terhibur kerana dapat "menjamu mata". Hahahah..^_^

Friday, January 26, 2007

Aku Hampir Hilang Separuh Iman

Series aku tengah bengang. Series aku tengah geram. Kalau diikutkan rasa dalam hati, mau aja aku kasi penampar. Walaupun tapak tangan aku ni tak cukup besar nak penuhkan muka seorang Diva, sekurang-kurangnya rasa perit mesti ada. Sebelum ni, kalau aku ada terselit rasa geram dengan ke"divaan" minah seorang ni, aku boleh tersenyum bila member-member aku bercerita kebengangan dengan "DIVA" ni. Haih, hari ni aku plak kene. Memang rasa macam nak belasah je. Tak takut sebab size dia lebey kurang aku je. Hahahaha..

Ke aku ni makin tua, makin emo. Ataupun disebabkan tensen dengan problem-problem yang ada buat aku lebih sensitif. Tapi aku tak pernah jumpa minah kerek yang selalu ingat taraf dia cuma boleh berkawan dengan mereka-mereka yang stylo dan "jelita" seperti dia. Haih, memang le aku tak stylo, tak jelita tapi aku ada milo tau..Aku boleh minum milo dengan jayanya. Ko tau minum milo Ms Diva?Mesti taukan. Kalo tak, takleh membesar bagai johan.

Tapi bila dah tengahari, aku jadi cool. Tak, sumpah aku tak siram kepala dengan air sejuk. Cool dengan air cond yg macam salji. Hati yang panas dah jadi reda. Mungkin aku harus lebih bersabar sebab sabar separuh dari iman. Hilang sabar, hilang separuh iman le ek.^_^..

Thursday, January 25, 2007

Takde Yang Best..(xyah baca)

Saya survey bersama teman. Jauh berjalan sampai sesat. Ops, bukan berjalan tapi menaiki kereta. Singgah sebentar di Billion Kajang.

Kat situ ada mesin penimbang yang boleh dipercayai. Sekarang, jika saya nampak penimbang, saya ada tarikan mau menimbang. Saya dapat rasa berat saya sudah lari dari kebiasaan. Dulu pakai seluar jeans, perlukan belt. Sekarang, tak ada pun takpa.

Saya menimbang semalam. Berat saya naik lagi 2kg. Arghhh..Memang sudah jadi luar biasa. Dalam risau-risau, saya membeli Kaya Ball 12 biji. Dalam risau-risau, terus lupa menjemput teman makan sekali. Habis semua saya ngap. Lagipun teman sudah membeli Kaya Ball yang lain dan menyimpankan sedikit untuk saya. Saya sahaja tidak sedar diri sampai lupa mempelawa. Eheheh..Sorry..

Sampai di bangi, nafsu makan masih ada. Menyambung sesi makan-makan. Tapi nafsu makin lama makin berkurangan, mungkin penangan Kaya Ball 12 biji. Tapi harus diakui, Kaya Ball warta lagi sedap.

Nampaknya saya tidak serik-serik. Walaupun penimbang sudah memberi amaran, saya masih bolayan dan makan seperti biasa.^_^..

Tuesday, January 23, 2007

Variasi

Kawan-kawan saya komen, bila saya guna kata ganti diri saya, terase macam itu bukannye saya. Mungkin jugak berpikiran seolah-olah membaca blog Siti Nurhaliza. Haih, Siti Nurhaliza takde masa nk karang blog. Siti sekarang sibuk memilih baju-baju yang "sesuai" selaras sebagai seorang Datuk.

Mungkin untuk 2007, saya harus lebih variasi. Pada masa-masa tertentu, harus menggunakan aku supaya orang tau blog ini Zura punye bukan Siti Nurhaliza punye blog.

Banyaknya benda saya perlu buat untuk 2007. Kenapa mesti 2007 ek? Sebab 2006 saya belum terpikir kesusahan kawan saya mengenalpasti samada ini memang benar saya yang menaip entry terbaru ataupun seseorang yang cuba mengklon saya. Ingat profesor Klon je boleh klon orang.
*Harap maap jika tugas profesor Klon bukan mengklon orang kerana saya tidak pernah menonton Lelaki Cicak.*

Jika selepas ini, tiba-tiba terlihat pula kata ganti diri yang lain, jangan ingat Lee Joon Ki pula mengambil alih blog saya. Walaupun dia orang tersayang, memang mustahil mau berkongsi blog. ^_^..

Monday, January 22, 2007

Jangan Biarkan Misteri Menyelubungi Hidup Anda

Saya pernah ada cita-cita mau menjadi penyiasat atau wartawan kerana terlalu gemarkan novel-novel penyiasatan. Tapi ibu bapa saya tidak setuju. Bukan kerana kerja itu tidak halal tetapi tidak sesuai untuk saya. Lagipun mereka tahu, saya tidak bercita-cita tinggi, hanya terpengaruh dengan bahan bacaan.

Walaupun hajat saya tidak terlaksana, tapi saya yakin saya ada bakat untuk menyiasat. *alahai..level riak tahap 2*. Individu itu mungkin cuba bermain sorok-sorok dengan saya. Tapi anda patut tau, saya bukan orangnya yang cepat mau give up. Saya juga tidak suka misteri menyelubungi hidup saya. Sedikit sebanyak, saya telah tahu anda siapa cuma mau kepastian sahaja. Takut-takut saya tersalah teka, maka musnahlah karier baru saya sebagai penyiasat persendirian.

Kenapa tiba-tiba saya teruja untuk mengetahui siapa anda? Kenapa tiba-tiba saya berusaha menyelidik siapa anda. Jika sebelum ini, saya akan mengabaikan sahaja, tapi tidak dengan anda.

Kerana anda orang yang istimewa.

Sangat misteri kerana saya tidak mengetahui anda. Tempoh perkenalan yang tak pernah wujud. Nama yang tidak pernah ada dalam memori saya. Tapi anda mengetahui tentang saya. Lagi misteri kerana anda tidak pernah kenal siapa kawan-kawan saya. Saya jugak tidak kenal kawan-kawan anda. Lalu saya menghargai keperihatinan anda. Kerana itu anda orang yang istimewa.

Kerana anda orang yang istimewa, saya teringin mau berjumpa anda. Saya teringin mau berkawan dengan anda. Silalah jelmakan diri anda kerana saya belum ada rekod membaham orang. Kecuali ayam. Jangan risau, walaupun who i want to meet dalam friendster saya bukanlah anda, tapi saya tetap ada perasaan mau berjumpa orang-orang lain kerana "cinta hati saya" itu cuma boleh berjumpa di dalam mimpi atau menonton VCD.

Ops, lagi satu. Jika anda kenal saya melalui blog ini walaupun saya tak pernah meletakkan apa-apa maklumat peribadi di sini, status saya ialah "single n available". Dan saya kira, untuk berkawan tak perlulah ada batas-batas status. Jadi jangan takut ada penumbuk hinggap di muka anda.

Kalau anda masih bermain-main sorok, saya pula akan buat permainan saya. Menyorok terus sampai bila-bila. Ini permainan 2007 yang saya pilih. ^_^..

Sunday, January 21, 2007

Aku minat die nie..

Sorry to say, aku sekarang terminat lak mamat nie..Maka menangis le peminat-peminat aku..hahahaha..Takpe, sile cuba lagi yer..peluang masih dibuka..*kompem ade mau muntah satu tahun*



* Aku memang ada sindrom, bila aku tak dapat tidor, kegilaan aku melebihi dos. Maapkan le kegilaan aku nie ek bila mana tiba-tiba terase diri ini sangat best. Beskal pun x best camnie tau..^_^..Maka layankan aje ek.. *

Friday, January 19, 2007

SELAMAT TAHUN BARU

Dush, saya lupe plak. Selepas maghrib, kita sudah masuk tahun baru. Masuk maghrib nanti, baca doa nie ek,

DOA AWAL TAHUN

Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Sekalian
Alam. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW Serta
Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya.

Ya Allah ! Engkaulah Yang Kekal Abadi Untuk Selama-Lamanya. Demi
Kelebihan-Mu Yang Maha Agung Dan Kemurahan-Mu Yang Melimpah, Sesungguhnya
Pada Tahun Baru Ini Aku Memohon Kepada Engkau Perlindungan Daripada Syaitan
Yang Direjam. Dari Sekalian Konconya, Tenteranya Dan Penolongnya.

Aku Juga Memohon Perlindungan Daripada Nafsu Amarah Yang Sentiasa Mendorong
Ke Arah Kejahatan Dan Melalaikan Dengan Perkara Yang Tidak Berfaedah
Daripada Mendekatkan Diriku Kepada-Mu.

Selawat Serta Salam Ke Atas Junjungan Kami Nabi Muhammad SAW, Dan Ke Atas
Keluarga Baginda Dan Para Sahabatnya. Segala Puji Hanya Bagi Allah, Tuhan
Yang Memelihara Dan Mentadbir Sekalian Alam.. Amin..


Waktu Membacanya.....
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ” Telah amanlah
anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua orang malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.


Ingat-ingat juga ye, semasa anda sedang berdoa, saya di dalam bas meneruskan perjalanan balik ke Ipoh. Insya Allah. Doakan saya pergi dan balik dengan selamat. Heh, jangan pulak terpikir, saya letakkan doa ini, tapi saya sendiri tidak sembahyang maghrib. Saya dibenarkan jama' tau.

Banyakkan berazam ek.

SELAMAT TAHUN BARU!!

Kuat

Wonderful life sudah saya habiskan dengan jayanya. Saya ini pantang melihat cerita-cerita berunsur kanak-kanak atau haiwan. Murah betul air mata saya mengalir. Saya sudah kuat untuk menahan, sedar-sedar ada air di pipi saya. Mujur saya tgk sorg-sorg.^_^..

Saya kira dalam umur saya sekarang, daya ketahanan untuk tidak menangis sudah cukup kuat. Rupanya emosi tidak mengenal usia. Saya ada pikiran demikian sebab saya tak pernah lihat mak, abah, makcik dan org dewasa yang seangkatan dengan ibu bapa saya menangis semasa kecil. Saya pulak cepat menangis. Walaupun sudah menonton banyak kali cerita Hatti Mere Satthe(Maapkan je le jika ada kesilapan ejaan, nanti saya belajar bahasa hindustan ek), saya tetap menangis. Kerana itu saya tekad untuk tidak lagi melihat cerita itu. Saya buhsan di ejek budak cengeng. Lama-lama bukan sahaja Hatti Mere Satthe, semua cerita hindustan saya tidak layan kerana malas melayan emosi yang melampau-lampau.

Tapi bila saya sudah dewasa, air mata pada mak, saya sudah lali. Mungkin kerana berkait dengan usia, saya menjadi tempat mak mengadu dan meluah perasaan. Bagi saya, inilah ujian terbesar yang keluarga saya hadapi. Saya tidak boleh menangis di depan mak. Jika saya menangis, saya memberatkan lagi perasaan mak. Saya cuba menahan air mata dari keluar supaya mak tau anak perempuannya ini sangat kuat. Saya cuma tanam ayat ini di dalam kepala saya, Jika ada orang yang terlalu sedih, kita cuba untuk tunjukkan kita ini mampu menyediakan bahu kita supaya penyedih dapat meletakkan kepala di bahu kita dengan lebih selesa.

Tapi rakan-rakan, jika saya tak mampu menyediakan bahu yang selesa untuk disandar, maapkanle kekhilafan saya. Nanti saya bubuh span pada baju ye.

Juga tahniah pada sepupu saya yang selamat melahirkan seorang anak lelaki, Adam Danish. Nama itu sedap walaupun tidak termasuk dalam nama idaman saya. Saya belum ada masa mau berkunjung kerana dihambat dengan kesuntukan waktu. Jika berkunjung, saya harus melunaskan janji saya, menghadiahkan dia sesuatu sekiranya dia mendapat anak kerana semasa majlis perkahwinannya, saya tidak sempat mau memberi hadiah.

Selamat datang Adam Danish.

Wednesday, January 17, 2007

As simple As Zura

Saya lihat beg tangan sudah lusuh. Bukan setakat lusuh malah terkoyak sana-sini. Bagi saya, saya tidak peduli asalkan kandungan dalam masih elok. Tapi jika mak melihat, mungkin mak akan jatuh kesian lantas berpikir saya tiada wang yang cukup untuk membeli beg. Saya tidak mahu mak ada perasaan sedemikian jadi semalam saya membeli sebuah beg tangan khas untuk dibawak ke pejabat. Itupun atas bantuan kawan saya ana kerana saya ada masalah mau membeli beg yang sesuai dengan zaman 2007.

Saya ini orang yang ketinggalan zaman. Lebih senang dikatakan, saya tidak tau dan tidak amik tau pesen terkini. Cukup jika boleh diguna dan selesa. " As simple As Zura ".

Sebelum membeli beg, saya singgah di petronas untuk membeli tiket bas. Malangnya tiket bas sudah habis. Sedihnya saya. Pasti dikutuk oleh abang-abang. Kenapa?Biarlah rahsia. *sengeh*.

Apa motif saya nk cerita ni. Takde motif. Entry ini untuk semalam. Saya tidak sempat habiskan lalu simpan sebagai draft. Pagi ini saya sudah lupa apa yang mau dicerita. Jadilah cerita yang merapu-rapu.

Tapi perkara penting dalam entry semalam yang diupdate hari ini. Saya ini orangnya simple. " As simple As Zura". Jika mau menghadiahkan saya sesuatu, saya lebih suka jika barang itu adalah barang kegunaan bukan perhiasan. Paling suka jika ianya sebuah novel atau botol perfume kerana saya sukakan benda yang wangi. Ingat ye rakan-rakan pesanan khidmat negara saya ini. ^_^..

Tuesday, January 16, 2007

Suka Xmo Bubuh Tajuk

Dah lama tak bercerita dengan blog. Selalunya bila rasa sedih, rasa happy sangat, ayat-ayat nk cerita kat blog semua dah ada dalam kepala. Dah buat draft, dah buat rangka. Hait zura, draft dengan rangka tukan ayat sepusing seadik-beradik. Tapi semua dalam kepala yang cerdas ni je. Takde tulih-tulih kat kertas. Takde conteng-conteng kat buku latihan tahun 1999. (1999 banyak buku latihan kosong sebab selalu tak buat kerja sekolah. Jangan tiru saya)

Tapi bila dah sampai opis dengan dua semangat, semangat ceria sebab bakal mendapat duit dengan kerja yang berdedikasi atau semangat merudum teringat katil kat dalam bilik. Jadi semuanya lupus tiada kitaran semula. Kerana itu, blog sudah lama tidak diupdate. (panjangnye nk buat alasan kenapa jarang update blog)

Sekarang sudah 2007, blog bakal berumur 2 tahun. Nanti kita ajar tak payah pakai pampers ye awak.
Awak tau tak, kita sekarang ada perasaan "sesuatu". Tapi kita taktau camna nk olah perasaan "sesuatu" tu. Kita sebenarnye tak suka perasaan cenggitu. Sebab kita rasa kita buat mende yang sia-sia kalo kite rase cenggitu. Kite suke suasana sekarang. Happy tak payah pikir pape. Eh, tipu le tak pikir. Cuma tak melampaui batas le. Kite mau balik pada diri kite yang dulu. Zura yang selalu ceria. (tak pernah tiru astro ceria. Series)

Kita akan cuba tolak semua perasaan yang kite tak suke hinggap dalam hati kite ni. Kite nak spray dengan Ridsect(Jangan saman saya kalo salah eja). Ridsect berkesan membunuh serangga perosak. Gunakan tanpa was-was. Kita cuba dan akan mencuba. Chaiyok-chaiyok untuk diri sendiri. Yeay..

Tuhan menguji mengikut ketabahan yang kita ada. Semakin kuat diuji, anda seharusnya berbangga kerana ternyata anda adalah orang yang sangat tabah.

Monday, January 08, 2007

2007

Semua ada ibu.
Semua hormat ibu walaupun ibu jari kaki.
Syurga di bawah tapak kaki ibu.

Jangan ingat kerana syurga dibawah tapak kaki ibu,
hanya ibu kandung sahaja yang perlu dijaga hatinya.
Semua ibu hatta ibu jari kaki perlu dijaga hatinya.

Jangan pikir ibu kandung sudah tiada,
Hati ibu tiri tidak perlu dijaga.
Jangan pikir sudah menurut perintah ibu sendiri,
Hati ibu mertua biar terluka.

Isteri dibawah tanggungjawab suami,
Ibu bapa menjadi tanggungjawab suami.
Jangan ingat ibu bapa sendiri sudah dibela,
Ibu bapa mertua biar terabai.
Itu tetap dipanggil derhaka.

Sekurang-kurangnya Jebat menderhaka kerana sayangkan sahabat.
Jika mau derhaka pada ibu,
Silakan derhaka pada ibu jari kaki dahulu.
Potong ibu jari kaki,
hancurkan buat sup.

2007:

Saya ada azam. Bukan azam tahunan. Itu azam hari-hari.
Yang penting, biarlah rahsia.

"hei zura, ko memang suka berahsiakan" kata kawan saya.

"tidak, saya bukan perahsia, saya suka berkongsi."

Sharing is caring.

Tapi jika mau cakap saya suka berahsia, silakan. Itu persepsi masing-masingkan.
^_^..