Friday, June 30, 2006

xde tajuk

Semalam demam saya datang balik. Bukan demam kura-kura, tapi demam yang buat saya jadi lemah longlai. Tidur di katil sehingga maghrib tiba. Saya di bebel abang kerana tidak mau makan ubat. Ditambah pula dengan bebelan emak yang bilang saya harus makan ubat kerana saya tidak makan sayur. Ada kaitan?Tiada key..
Saya pergi mencari sesuap nasi demi mengisi seplastik ubat di dalam perut. Wah, selepas makan ubat selsema, saya terase seperti kaki tidak jejak di lantai. Mata jadi kuyu. Kepala terawang-awang. Begini agaknye perasaan penagih dadah. Apa yang nikmat pun saya xtau sbb kerana itu saya telah terlepas untuk melihat diari pd pukul 11.30 malam. Ciss..Saya terlepas untuk lihat Ajai menjadi bengang. Tak tengok AF?Memang xkan paham apa yg sy tgh merepek nie.

Baru mencuba tgk dunia baru. Walaupun saya terhibur, tetapi sy tetap mau jd pengkritik. Pensyarah tidak sepatut begini. Ini tidak real. Ape, nie..mane ade org kat U pakai tudung mcm nie. Karut. Takde, xde lelaki macam nie kt U. arghhh, tertekannye tgk drama yg x macam realiti. Tapi tgk tetap tgk. Boleh le jika sy melihat sambil menutup sebelah mata demi mengisi masa lapang. Sekali- sekala saya menukar ke channel 83 utk melihat highlite.

Ini td punye cerita. Sy menunggu kwn mengambil duit di bank. Ada gadis, umur mungkin muda belia tapi gaya seperti 30-an. Senang cerita, gaya tua dari usia. Saya pikir makcik-makcik. Jika makcik-makcik, saya kagum. Waah, muka seperti 20-an,kulit putih berseri. Apa yang diceritakan disini semua datang dr dalam hati sy sementara menunggu kawan mengambil duit di ATM.
Mungkin gadis itu sedar die sedang diperhatikan, die menoleh. Muka berkerut-kerut. Sy jugak walaupun sy musykil kenapa sy berkerut. Ya, sekali lagi saya berkerut. Sy sudah tau kenapa. Sy kenal gadis ini. DIA KAWAN SAYA. Dia jugak kenal saya. Sy kawan dia. Orang yg sy umpat di dalam hati gaya tua dr usia adalah kawan sy.

JGN MENGUMPAT WALAUPUN DI DALAM HATI

Wednesday, June 28, 2006

Caca Marbai

Saya sekarang seorang penagih. Bukan penagih dadah sbb sy x rela jadi najis. Rela membuang najis. *suke..:D*. Saya penagih wayang. Pantang ada masa terluang, pantang ada yang lapang pasti menjadi mangsa utk menagih wayang bersama saya.
Sewajarnya ucapan terima kasih tak terhingga pada rakan-rakan yang sudi menemani tidak kira kaum, bangsa atau jantina. Saya amat menghargainya walaupun kadang-kadang penghargaan saya berupa air kosong segelas atau kawan yang menemani plak terpaksa membelanja saya. ehehe..xper, ade ubi,ade batas, ade hari, bleh balas.

Untuk hari ini, birthday seorang rakan saya yang sudah bertunang. Waah, Pak Lah senirik sy tidak buat entry special sempena birthdaynya. *eh..bila birthday Pak Lah?*. Kawan saya yang saya panggil Suen adalah tuan empunya birthday walaupun ade orang itu sering cuba membetulkan panggilan saya dgn menyuruh saya memanggil sue bukan suen. Saya pedulik haper sbb sy sudah terbiase memanggil suen. Suen tak marah, orang lain plak lebey-lebey. Eh, emosi plak.:D..
Happy Birthday To You..
Happy Birthday To You..
Happy Birthday To You..
Saya nak Makan Kenny Rogers Tahun Depan..

Eh, salah lirik ke?tak..tak salahkan Suen?hikks...Mad, Tolon jayakan impian nk mkn kenny rogers tahun depan ek..:D..*sy tahu Mad membaca blog nie kan..*kelip-kelip mata*

Aktiviti saya minggu lepas, Balik pukul 4 pagi, terbongkang atas toto Suen, Mengorat doktor di HUKM *tp x dapat ek..sedey..:((..nk ngorat KUZA pun x dpt, ingtkan dapat rase nayi ayam kg..hikss..*toche-toche pada Suen yang membelanja menu tengahari jumaat.

Sabtu itu, mulanya aktiviti hanya dirumah tapi sudah bertukar bila ade yang msg mau menemani tp xde arah tujuan. Ahad mmg ada tujuan dan akhirnya Isnin & Selasa saya duduk dirumah akibat demam.

Inilah akibatnya jika bermain hujan. * Dulu-dulu mak sedare bilang, sape demam sbb bermain ujan atau main di arie panas tapi sy bermain di pagi arie pulang semasa embun menitis. *

Tuesday, June 20, 2006

Neutral

Semalam seperti buntu. Terase mau marah. Eh, sy tidak kene penyakit PMS tapi sepertinya sama sahaja. Untuk hilangkan rasa marah, sy cube membuat satu jenaka yang sebenarnye bukan jenaka. Akibatnya sy dimarah orang. Bila kene marah, sy tidak rase mau melawan balik. Tapi satu perasaan sedih. Perasaan tidak dapat makan aiskrim coklat kegeraman sy.Mintak ampun pd org yg memarah kerana sy seperti menyeret orang itu dlm amarah sy.Kehilangan emosi semalam buat sy tidak dapat tidur.

Hasil menonton dan membaca buku motivasi, sy kenal pasti perasaan ini dtg hasil dr kegatalan tgn sy menjenguk ID frenster seseorang yg sudah lama sy tidak jenguk. Otak berputar mengenal pasti dr mana rase marah ini kerana sy sudah lame menutup cerita. Salahkan boss sy kerana tidak mau memberi kerja lebih buat hingga sy tiada kerja lantas menyusuri profile my friends di frenster.hihihi..kesian boss, tak tau ape, tiba2 disalahkan.

Semalaman sy berpikir. Dunia ini bulat, bulat seperti roda. Ayat ini pernah sy buat di entry-mane-ntah-cari-senirik. Sy perlukan neutral. Bukan revisi membalas dendam. Erm, Neutral Zura..Neutral.

Tiada kebaikan, tiada kejahatan..melainkan neutral semata-mata.

Friday, June 16, 2006

Sedang Ingin Bercinta - Dewa

Setiap ada kamu
mengapa jantungku ini
berdetak lebih kencang
seperti genderang mau perang
Setiap ada kamu
mengapa darahku mengalir lebih cepat
Dari ujung kaki ke ujung kepala
Setiap ada kamu
Otakku berpikir
Bagaimana caranya
untuk berdua bersama kamu
Reff
AKU SEDANG INGIN BERCINTA
KARENA
MUNGKIN ADA KAMU DISINI
AKU INGIN

Thursday, June 15, 2006

3 Cerita

Saya ada 3 cerita.

Cerita pertama:
Sekarang musim bola. Saya bukan fanatik bola tapi saya boleh menonton bola untuk mengisi masa lapang. Sejak musim bola, saya bukan sahaja terpaksa menonton bola malah menjadi jam loceng untuk mengejutkan orang bekerja yg menonton bola lewat malam atau awal pagi supaya tidak ketingggalan pergi ke tempat kerja seperti mana mereka tidak ketinggalan menonton France Vs Swiss.

Cerita Ke dua:
Musim bola serentak dgn AF 4. Saya tidak lagi terkinja-kinja menghabiskan dinner atau memecut kereta pulang ke rumah semata-mata untuk menonton diari. Jika saya tidak sempat melihat diari pukul 9 malam, saya tidak sanggup bersengkang mata menunggu ulangan pada pukul 11.30 malam. Saya lebih rela tidur di atas katil sambil bermimpi saya menjadi bidadari..*hikkss..*. Bukankah itu tanda positif yang demam saya sudah kebah. Ya, tagline AF ialah, " Dah Demam?"..saya akan menjawab, " sekarang tidak lagi. " Dalam demam tak demam, saya sudah tau semua nama pelajar AF tapi jika suruh saya bercerita siapa yang suke menangis, siapa yang lebih gedik, siapa yang pendiam..saya tidak mampu menjawab sbb saya hanya menonton jika ada masa yang lapang atau tiada siaran lansung perlawanan bola atau RTM ada menyiarkan siaran lansung bola. Kalau semua tidak berkaitan, saya hanya boleh bercerita siapa yang menang dan siapa yang kecewa seperti Ukraine yang kecewa berlawan dgn Spain. Wah, saya menonton hingga habis Spain Vs Ukraine dan tiba-tiba saya jadi suka pada Raul, David Villa. Tidak Ronaldinho sahaja. Eh, kenapa saya masih bercerita tentang bola??

Cerita Ke Tiga:
Saya membuat kesalahan lalu lintas 2 minggu yang sudah. Walaupun saya ini pemandu yang tegar, pemandu yang suke memecut kereta 110km/j jika papan tanda menunjukkan 80km/j; Saya tetap rase saya pemandu yang berhemah kerana saya tidak menyusahkan orang lain. Tapi untuk 2 minggu yang sudah, saya melanggar lampu isyarat di area jalan di Stesen Monorel Dato Maharajalela. Apabila saya melepasi garisan putih, terlihat ade cahaya putih seperti paparazzi mengekori Angelina Jolie untuk melihat anak yang baru dilahirkan. Ah, saya terkena lintasan kamera lampu isyarat yang bererti saya harus membayar kompaun RM200. Terbayang-bayang duit melayang. Bila balik ke rumah, abang saya menenangkan saya dgn memberi jaminan, jika nasib saya baik, lampu itu tiada filem. Jika tidak, bersedia mengeluarkan duit.
Balik ke Ipoh, saya terus memberitahu mak. Saya bercerita sambil membayangkan saya tidak bersalah melanggar lampu isyarat. Saya terpaksa kerana ada kereta di belakang yang saya risau akan menghentam kereta saya. Alasan ini selalu saya berikan apabila melanggar lampu isyarat kerana emak bilang, jika lampu dr hijau ke kuning dan ada kereta sedang memecut, langgar sahaja lampu isyarat itu kerana menunggu insuran mensetelkan kereta kita lagi perit dari membayar saman.
Jadi emak cuma berkata, xper..kita tunggu sahaja surat. Tujuan saya bercerita dengan emak untuk memastikan emak menyimpan surat saman tanpa diketahui abah atau emak akan membacking saya sementara menunggu saya pulang ke rumah untuk mengadap leteran abah.
Kalau kereta itu atas nama saya, sudah tentu saya tidak risau. Tapi kerana kereta atas nama abah dan abah memang seorang yang perisau untuk kesalahan-kesalahan tidak bermoral ini maka saya harus risau. Risau menunggu leteran dari abah sambil menghulurkan RM200.

SELAMAT HARI BAPA, ABAH.

Tuesday, June 13, 2006

Tag Entry

3 Questions

name 3 schools u went to(latest)

-Kolej Maya Matrikulasi NS

-UK...M

-Sri Cempaka


name 3 things in ur purse/backpack/bag
-Duit
-IC/Lesen/Kad Insurans
-Resit Gunting Rambut..*pergie 3 kali leh dpt free gunting tau*


name 3 things u do when u’re really stressed
-tidor
-baca ape2 ajer
-drive sensorg


name 3 places u go on a daily basis
-Opis
-Rumah
-Toilet


name 3 favourite fruits
-Rambutan
-Epal merah
-Jambu air..*wahhh...buah-buahan tempatan


3 names u go by
-Zura
-Angah
-siti nurhaliza


3 of ur favourite foods
-Nasi Ayam
-Nasi Putih+Sambal Tumis+Ikan goreng panas
-Sup


3 things u’r wearing right now
-Tudung kelabu
-Blouse Kelabu
-Seluar Slack Itam


The Whos



who’s in the house with u?
-Abang Kerol
-Kak Lin
-Akmal Zafri
-Power Rangers
-Superman
Baby Kemen
-Bunny


who (or what) r u thinking about right now?
-Duit
-BUK
Lotter
-Jam Tangan


who did u last talk to on the phone?
-Puk
-Abang Kerol
-Mak
who do u sit next to in your class?
konpius nie konpius..sebelah lecturer kot..ke cikgu..hehh..


who was the last person u told u loved?
BUK..BUK..BUK...


who do wish u were right now?
Kesatria Baja Itam..


who gets on ur nerves the most at school?
cikgu x sempat nk ajar nie..

The Wheres


where do u live?
-Putrajaya
-Ipoh Mali Tarak Sumbunk..


where is ur phone?
-Kat sebelah keyboard..


where do u sleep?
-Kenkdg atas katil, kenkdg kat sofa..*tidur depan tv*, kenkdg kat lantai bile jatuh katil..opps..


where is the last place u took a ride to?
-Alamanda Putrajaya


where are u now?
Kat Planet Zargus

The Whats


what was the last thing u ate?
-Kek Almond Coffee yg buat sy sakit pe'ut..


what colour shirt r u wearing?
kelabu


what is the closest item near u that is blue?
Mouse pad

what do u like best about school?
-Kawan-kawan
-Supper


what is ur favourite colour?
-Biru
-Hijau
-Hitam


what do u wear more: jeans or shorts?
-JEans


what is the last movie that u watched?
-X MEN 3

The Whens

when did u start school?
6 tahun


when is ur birthday?
1hb MAC 1982..waahh..mcm nk promote je..


when did u last go to the mall?
Semalam..alamanda Putrajaya..Makan Kek..


when was the last time u bought a pair of pants?
erkk..bile ek>


when did u last burn something?
tahun lepas..


Next victim would be
aaa..sape ek..

-Kuza

-Sham

-Put

Monday, June 12, 2006

Apabila kau ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana
mungkin dengan satu kelemahan, Kau mungkin akan menjauhinya

Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu
keburukan, Kau akan membencinya

Andai kau ingin sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan
memfitnahnya.
Andai kau ingin seorang teman, Janganlah kerana sifat
cerianya Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin kan
menyalahkannya.
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan
sempurna Kerana kau juga tidak sempurna.. Tiada yang biasa-biasa Menjadi satu
yang sempurna. Tapi bersahabatlah kerana Allah.

PiLot, Buk N Madonna...

Selepas percutian panjang, saya kembali bekerja. Mood bekerja masih tiada, mood bercuti masih ada sisa-sisa. Badan saya sakit, mata saya sembab. Badan sakit xtau kenapa, mata sembab kerana kembali bangun pd pukul 6.30 pg dan tidak dibenarkan tidur kembali melainkan jika saya mau berhenti kerja.
Ahli keluarga saya semakin bertambah. Dulu ada Buk, sekarang ade Lotter, ada madonna yang jantinanye jantan. Mujurlah madonna penah bercium dgn Britney jd tidak salahlah kucin itu namanye Madonna bukan Mcdonald. Buk menunjukkan aura jeles. Hak tidur di katil bilik depan sudah dirampas umpama Amerika merampas Iraq. Buk mau memberontak mcm rakyat iraq mau memberontak tp terhalang disebabkan takut jentikan di telinga.
Buk cume memendam perasaan dgn satu impian mau menyerang Madonna jika tiada siapa yg sedar. Mungkin Buk bernasib baik, semasa Madonna tiba, saya ada dirumah dan boleh memenangkan Buk, paling tidak memujuk Buk. Jika saya kembali bekerja, mak sudah kasik warnin sama BUk..no manja2...cuma rotan ajer kalo noti..Lotter menunjukkan aura mau ganti tempat Buk, mungkin terlalu awal sbb kaki lotter masih goyang-goyang.
Saya bahagia, saya suka bile tgk gelagat kucin2 saya. Jadi pecutian panjang mmg membahagiakan saya sbb dy dpt berjumpe kucing-kucin sy.



Nota Tambahan

Ini dialog sepupu sy bersama adiknya.



Kakyang : Adik nnti nak jd ape bile besar?

Haziq : Adik nak jd pilot, nak bawak kapal terbang.

Kakyang : Adik nak bawak sape dalam kapal terbang?

Haziq : Adik nak bawak kakak zue'a ..dgn baby kemen *kemen adalah ultraman*

Kakyang : Adik nak bawak kakak zue'a dgn baby kemen je?xnak bawak org lain?
Haziq : aah, adik nak bwk kakak zue'a jer..
Kakyang : Adik nak bwk sorg2 kapal terbang..nk sughuh kakak zue'a duduk sorg2 dgn baby kemen je?
Haziq : Aah, kakak zue'a duduk sorg2 je dgn baby kemen.



Budak kecik mmg pandai menilai..Haziq baru berumur 3 tahun. Bangganye saya ade adik sepupu yg boleh membuatkan kakaknye jeleskan saya.ahhahaha..sambungan dialog..

Kakyang : Nanti kakyang belikan adik baby kemen ek lagie besar ek..

Haziq : Okies..mekaceh kakyang..

Kakyang : Kakyang beli bile haziq dh jd pilot ek..





Oh, 22 tahun lagie. Masa tue saya berumur 46 tahun. Masih mampu naik kapal tebang atau sudah ada di dalam tanah?

Tuesday, June 06, 2006

Aku Bukan Pilihan Hatimu - UNGU

Jika memeng diriku
Bukanlah menjadi
Pilihan hatimu
Mungkih sudah takdirnya
Kau dan aku
Takkan mesti bersatu

Haruslah slalu kau tahu
Ku mencintaimu di sepanjang waktuku
Harus slalu kau tahu
Semua abadi untuk selamanya

Karena ku yakin
Cinta dalam hatiku
Hanya milikmu
Sampai akhir hidupku

Karena ku yakin
Di setiap hembus nafasku
Hanya dirimu
Satu yang slalu ku rindu

Monday, June 05, 2006

Peristiwa dan Hari

30/5/2006

Aida blanje kat kat madam kwan..toche aida..mkn bersama ana,kuza,adah,aida n fir. Lama bangat tidak ketemu,banyak cerita nk dicerita sampai xtau apa nk citer. Yang pasti aida macm dulu gak..comell jer.


1/6/2006

Gie umah Put n Menyusahkan Put membasuh pinggan banyak-banyak...:D..


3/6/2006

Azree kawen. Penat gelak. Serius..seronot sangat dapat jumpe semua.


4/6/2006

Balik Putrajaya. 1st time tgk eksiden depan mata. Siap kereta terbakar. Ada mayat kat tepi-tepi. Malam mimpikan mayat...



Saya kesuntukan waktu untuk bercerite didalam blog. Cukup sekadar ini.
Sekian.