Saya berbolak-balik. Saya bertanya pada diri sendiri. Perlu atau tak perlu. Penting atau tak penting. Mana lagi penting menjaga hati sendiri atau berkorban utk org lain. Saya perlukan masa untuk berpikir. 3 hari seperti 1 saat. Saya perlu berpikir seberapa pantas. Jika saya lewat berpikir, saya hanya akan mengambil jalan selamat, mengikut kata hati. Jika saya ikut kata hati, saya akan mengambil jalan yang saya xtau itu jalan pandai atau jalan bodoh. Saya takutkan risiko yang saya kena bila saya mengikut kata hati. Saya tidak berani membayangkan jika keputusan yang saya ambil itu adalah kesilapan terbesar dalam hidup saya.
Saya cuba bertanya pendapat kawan-kawan, saya akan kumpulkan maklumat yang ada dan membuat kesimpulan untuk diri saya. Benar kata rakan saya, jangan lari dari menghadapi masalah. Saya jugak pernah berckp begitu kepada kawan saya. Bila tiba pada saya, saya sendiri cuba untuk lari dari masalah. Saya tidak kuat untuk menghadapi semua masalah sekaligus.
Untuk waktu ini, saya harus memikirkan masalah orang terdekat saya. Saya telah di arah oleh My Big Brother untuk buat satu kerje..ala-ala James Bond..
MI4..sila jgn lihat tom cruise..sila lihat SAYA.:D...
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment