Friday, May 05, 2006

Gubra yang menggabrakan...

Kenapa saya suka Sepet?Kenapa saya suka Gol n Gincu?Kenapa saya suka Gubra?Mungkin lambat untuk saya ceritakan kenapa saya suka semua filem tu. Ia didorong dari segi rasa. Saya menonton filem, saya menonton untuk saya rasakan kehidupan saya yang dilakonkan semula. Bagi saya, filem adalah kehidupan.

Apa yang saya suka pada Gubra yang ada dalam kehidupan saya:
1. Dialognya.
2. Wataknya.
3. Kemesraan suami isteri
4. Pembantu rumah yang tidak dilayan seperti hamba mcm citer2 melayu lain.
5. Bukan kereta mewah.
6. Bukan rumah besar yang ada kolam renang.
7. Jiran yang baik.
8. Lagu latar yang best.

Apa yang saya tidak suka pada Gubra:
1. Memegang anjing.
2. Isteri orang mencabut bulu tetek orang.

Saya suka dialognya sbb dialog itu dialog yang biasa saya dengar, yang biasa saya tuturkan. Tidak seperti dialog usop selam..
" Aku mohon padamu zetty, jangan kau tinggalkan aku"...karut..
Saya sukakan kemesraan mak bapak Orked. Saya lihat seperti mak ayah saya yang suka kejar mengejar di dalam rumah.Saya sudah bilang, saya melihat filem suatu kehidupan. Saya tidak lihat Harith dan Ida Nerina. Saya hanya nampak Mak Ayah Orked. Jika saya lihat siapa pelakonnya, semua filem-filem melayu, untuk hubungan suami isteri, sila guna pelakon yang memang suami isteri di luar filem.
Saya sukakan watak Mak Yam. Mak Yam adalah seperti makcik saya yang menjaga saya dari kecil. Dan keluarga saya sangat marah jika ada sesiapa yang bilang, makcik itu orang gaji kami.
Dalam Gubra tiada kereta mewah. Saya suka.
Saya sukakan Bilal dan isterinya. Tidak pernah menghukum orang atas kesalahan atr manusia dan Tuhan kerana yang berhak menghukum hanya Tuhan.
Lagu latar yang lembut. Saya suka.

Saya tidak suka bila Bilal memegang anjing kerana yang menonton mungkin kanak-kanak yang masih tidak faham hukum.Walaupun niatnya baik, saya risau selepas menonton Gubra, "kanak-kanak" akan slumber memegang anjing sepertimana orang Islam slumber menggunakan baki duit yang yang diperolehi selepas pekedai tersilap kira dan memberi lebihan duit. Antara alasan yang biasa, "eh, nie dikira rezeki".
Saya jugak tidak suka apabila Orked terlampau slumber dgn Abang Jason kerana saya melihat Orked adalah isteri seseorang. Walaupun suami membuat onar, dia tetap suami selagi dia belum menjatuhkan talak.

Gubra adalah filem yang menggabrakan orang. Saya suka..yeaa.. saya suka.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam byk2 komen yg aku baca pasal citer Gubra ni kan..komen hang la paling down to earth dan tak merapu..respek hasil kerja org dan x de biass...totally pandangan seorang penonton terhadap sebuah movie..way the go sista~
P/S: Abg usop selam (never thought anybody else would refer him the way i do. muahahah) jangan marah tau...tahukan engkau usop cerita mu di tv merendahkan mental kami anak bangsa mu..

Anonymous said...

Best la komen hang.Aku suka.Aku x suka komen org lain..Biass...x paham tapi cuba buat2 paham...Lantak la penonton nk kata apa..Abg Usop Selam..renti renti kan la merendahkan mentality melayu..just for the sake of money.