Tidur bola, makan bola, minum bola..Tag yang bagus untuk orang yang kaki bola. Masa saya di dalam linkungan masih hingusan di saat abang-abang belum berkahwin, saya dikelilingi orang yang gila bola. Sewaktu saya terasa saya adalah "lelaki" kerana dikelilingi golongan lelaki, saya mengikut abang-abang pergi bermain bola. Saya menjadi penyokong setia KTT. Kawan-kawan abang saya adalah kawan saya juga. Bila saya pandai menyepak bola, saya akan menjadi penjaga gol untuk pasukan salah seorang abang saya. Jika sepupu-sepupu saya turut serta, saya mungkin akan menjadi "striker"..*jgn memain ek*...hihihihi...
Keluarga lelaki saya akan menonton bola beramai-ramai tidak kira perlawanan antarabangsa atau tempatan. Jika tempatan, saya pasti akan terdengar suara-suara sumbangsih mengutuk cara pemain bermain seolah-olah jika mereka bermain, pasti akan bolos 20 jaringan. Saya dan mak pula akan bersembang hingga tidak peduli cermin almari sudah pecah atau belum. Yang pasti, sebelum abang-abang saya beranak-pinak, ini cerita dahulu kala, walaupun mereka mengutuk cara permainan tempatan tetapi jika perlawanan bola antara Perak dan mana-mana negeri yang diadakan di stadium Ipoh, mereka pasti pergi tanpa mengira duit mereka berbaloi atau tidak. Jika Perak kalah pun mereka tetap melepak di kedai mamak hingga pukul 12 malam. Saya cuma kesiankan ayah saya jika abang-abang saya pergi menonton di stadium. Dia tiada teman untuk menonton perlawanan bola di kaca tv dan terpaksa mendengar hanya di corong radio sebab saya dan mak akan mengawal televisyen...muahahahhaha...
Sekali lagi, demam bola melanda. Tetapi abang-abang saya sudah berpecah-pecah. Ayah saya dapat melihat bola dengan tenang kerana yang tinggal di rumah hanya mak yang tidak berminat dgn televisyen. Abang-abang saya mungkin tidak tenang kerana antara kasihankan isteri atau cintakan bola. Saya? Saya hanya berminat untuk menonton AF.hahahah...
Tetapi sebenarnye saya suka melihat senario piala dunia lebih-lebih lagi bila seluruh keluarga saya berkumpul. Mana-mana lelaki yang tidak berminat dengan bola mungkin akan rasa diketepikan apabila ada perlawanan bola diwaktu perhimpunan keluarga.
Jadi, jika anda lelaki dan mahu pergi ke rumah saya di waktu musim bola, pastikan anda tau tentang bola. Jika tidak, belajarlah memasak...:D...
Teman dan 5 Ekor Lembu
15 years ago
No comments:
Post a Comment