Friday, April 28, 2006

Kawan

Semalam hati saya berdebar. Berdebar berjumpa dengan orang yang mengacau bilaukan perasaan saya. Berdebar, saya patut tampar atau cerca. Semalam jugak saya mendapat SMS. SMS khabar gembira.

Ude: " Adik beradikku, along dah habis. Sekarang along dah bergelar DR AQIDAH. "

Saya kirimkan ucapan tahniah utk along. Saya pasti jika saya sakit, along orang pertama dalam ingatan.:D..

SMS untuk pengirim berita gembira.

Saya: " Waah, meriahnya hidup. Kalau rumah angah ade rompakan, angah panggil UDE utk checkkan rumah angah..Kalau angah sakit, angah nak ALONG rawat angah..Kalau system angah rosak, angah perlukan ALANG untuk berikan nasihat..Kalau anak-anak angah perlu di ajar, angah panggil ATEH jd cikgu tuisyen..Kalau opis angah problem,angah panggil AYANG tolong solvekan problem opis angah..Kalau kucing angah sakit, dapatkan pandangan ACU..Kalau angah musykil ubat ape yang angah makan, angah akan rujuk pada KAKCIK.."

Ude: " Angah doakan rumah angah kene rompak ek..;)?

Saya: " Angah doakan rumah angah kene rompak oleh abang yang ensem tapi dia tak rompak semua barang dlm rumah, dia cuma rompak hati angah "

Ude: " Ude tak kisah abang ensem rompak rumah angah sebab ude dan ayang akan dalam rumah angah tue..kan..kan.."

Saya: " Angah tak kisah sebab ude n ayang dah ada "abang" memasing..jadi abang ensem tue angah yang punye,muahahahahha..."

Pointnye disini, saya hanya ingin katakan..bila kita berkawan, kita akan saling bergantung antara satu sama lain. Jika tidak, itu bukan kawan. Saya rindukan zaman persekolahan. Saya rindukan kawan-kawan saya. Saya ada 2 along, 2 ude, 2 acu, 2 kakcik,2 ayang, tam, cho, adik, andak, anje, ateh..Ramaikan adik-beradik saya?

Saya jugak rindukan tempat duduk saya di tepi tingkap,melihat pemandangan "permai" di sebelah sana. Lab dulu kelas ke dua, jadi saya perlu rindukan lab. Rindukan tempat duduk saya di Lab. Tempat duduk di makmal Fizik paling saya suka sebab saya sekali lagi dapat menikmati pemandangan "permai" di sebelah sana. Pemandangan yang buatkan cikgu Rohani teruja memanggil nama saya,

"Azura, apa awak lihat di tepi tingkap,jawab soalan saya.."

p/s: Jangan duduk di tepi tingkap jika kita pasti kita tak dapat mengawal mata..:D..

Di mana agaknya pemandangan "permai" sekarang?

Tuesday, April 25, 2006

Minggu ini minggu kesedihan. Minggu ini minggu kegeraman. Minggu ini minggu yang menyakitkan. Saya geram kerana saya tidak mampu membelai orang tersayang. Saya tidak mampu memujuk orang tersayang. Saya tidak mampu memeluk orang tersayang sebagaimana orang tersayang memeluk saya. Memeluk untuk memujuk hati saya supaya jangan bersedih lagi.Keras hatikah saya? Paling saya kesal, saya tidak mampu membela orang tersayang. Hatta sekurangnya satu sudu makian patut saya lepaskan pada orang yg menyakitkan hati orang tersayang saya. Saya cuma boleh membalas dengan perlian. Saya cuma mampu membuat jelingan. Saya tersepit antara kesian, simpati, geram, kasih sayang. Semua bercampur baur dalam satu rasa. Saya mampu tersenyum di depan orang tapi saya tidak mampu melepaskan amarah saya. Itu perkara yang paling menyakitkan. Saya benci dengan kelemahan saya.Kenapa saya tidak mampu berkasar?kenapa saya tidak mampu menaikkan suara?Kenapa saya masih berlembut sedangkan di depan mata saya orang tersayang saya diperlakukan dengan sewenang-wenangnya? Saya cuma boleh menanam tekad di dalam hati, saya akan balas setiap apa yang dibuat jika tidak dengan cara kasar, mungkin dengan cara halus. Berdendamkah saya?Memang saya berdendam!! Kesabaran saya semakin teruji bila saya tak nampak jalan penyelesaian.
Menyakitkan hati orang tersayang sama seperti membunuh jiwa saya.
Dunia ini bulat. Hidup seperti roda.

Friday, April 21, 2006

I Think I - edisi English

It wasn't possible, so I believed it wasn't true
Me loving you, these words don't even make sense
I'm probably just jealous, I guess I'm getting lonely
I hid my feelings before but I just can't do it anymore

Maybe we are not suited to each other
It would be good if we are just friends
From one to ten, we never agree on anything
How can we have a relationship?
People say we won't be able to do it
I've been surrounded by those words and I don't want to be anymore.

(Bridge)
I didn't realize how I felt about you,
Why couldn't I see? It was right in front of me
That whole time you were right next to me
Why is it now that I finally see that it is love?

(Chorus)
I think I love you
I think I love you that's how it seems
Cause I miss you
Cause I miss you when you're not around
I can't do anything except think about you
If I look at how things are I know

I'm falling for you
I'm falling for you, I didn't realize it but
Now I need you, somehow deep in my heart it grew
Now all I want to do is take care of you

I Think I - edisi Korea

Geureolri eobsdago anilkkeorago miteossjyo~ um
Naega geudae saranghandan imaldo andoejyo~ um
Gwaenchan jiltuilkkeorago naega oeroungabodago
Jashineul sokyeobwassjiman ije deoneun nan gamchulsuga eobsneungeolyo

I think I love you
Geureongabwayo
Cause I miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakku saeng-gaknago
Ireongeol bomyeo amuraedo

I'm falling for you
Nan molrassjiman now I need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo

Urin aneoulrindago chingu geuge ttak johdago um
Hanabuteo yeolgae dodaeche mwo hangaerado majneunge eobsneunde
Eotteohgesagwil suissnyago maldoandwaeneun yaegirago
Malhamyeo dulreo daessjiman ijedeoneun nan geureogigashirheungeolyo

I think I love you
Geureongabwayo
Cause I miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakkusaeng-gaknago
Ireongeol bomyeon amuraedo

I'm falling for you
Nan molrassjiman now I need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo

Wae molrassjyo geudaeraneungeol woo
Wae mosbwassjyo baro apinde hoo ye
Geu dongan ireohge baro naegyeote isseossneunde
Wae ijeseoya sarangi boineungeoji hoo

I think I love you
Geureongabwayo
Cause I miss you
Geudaeman eobseumyeon

Nan amugeosdo moshago
Jakkusaeng-gaknao
Ireongeol bomyeon amuraedo

I'm falling for you
Nan molrassjiman now I need you
Eoneusaenga nae mam gipeungose
Aju keuge jarijapeun geudaeui moseupeul ijen boayo

Thursday, April 20, 2006

SAYA JATUH CINTA

Walaupun saya sangat bengang hari nie tapi di dalam hati terselit rasa gembira. Saya bengang mungkin kerana hormon berlebihan yang saya perolehi utk bulan ini membuatkan perkara yang asalnya remeh temeh pun boleh membuat saya hilang pertimbangan. Saya sedar saya tidak dapat mengontrol diri sejak akhir-akhir ini dan cepat termakan dengan emosi luar kawalan.
Tapi saya tetap gembira. Saya umpama mandi basah, tidur tak lena, makan bertambah-tambah (pipi saya sudah semakin tembam sekarang) dan juga kuat berangan. Adakah tanda-tanda ini sudah cukup untuk menyatakan saya dilamun cinta? Jika hari ini, saya tidak sabar untuk menunggu hari esok. Itu juga tanda saya dilamun cintakah?Sperti Siti Nurhaliza yang berat badan makin bertambah dan dikatakan sedang bercinta, saya mungkin jugak boleh mengikut jejak langkah Siti jika benar saya sedang bercinta. Jadi siapa bilang jatuh cinta sangat indah?Jatuh cinta sangat menyakitkan kerana hati sentiasa berdebar seperti orang sakit jantung, berat badan makin bertambah dan semua-semua yang mula bertambah cuma duit sahaja berkurang kerana sering keluar bersama.
Saya tidak peduli semua itu, yang penting saya sudah rasa bibit-bibit cinta. Dari sayang, jatuh cinta. Cuma,cuma saya sangat takut saya bertepuk sebelah tangan. Saya bukan seorang yang berani meluahkan perasaan secara berdepan. Jika seseorang itu memahami saya, dia boleh tahu betapa saya sangat menyayanginya. Saya gundah bagaimana ingin memberitahu tapi saya gembira akan bertemu dengannya.
Buk, tunggu saya minggu depan. Kita akan tidur bersama-sama di atas katil yang empuk ek. Kita main kejar sama-sama. Gigitlah kaki saya sepuas hati kalau itu yang Buk suka.
Cinta itu misterikan. Dalam tidak sedar, saya jatuh cinta dengan sama jantina walaupun berlainan ejaan. saya PEREMPUAN, dia BETINA.

Wednesday, April 19, 2006

Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

(Korus)
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

(Bridge)
Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata
Bertulangkan dusta

(Ulang korus)

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku

Thursday, April 13, 2006

Gadis Pemalu, Pendiam Lagi Bersopan-santun

Besok saya balik kg. Yeeha...Lama saya tak balik kg. Kg rindu saya tak?Bukan kg saya kat ipoh perak. Tapi kg kat melaka. Kalau dulu, balik kg melaka mmg saya sgt suka. Suka sebab boleh main tepi sawah, mandi perigi, kejar kerbau, main lembu peliharaan atuk saya sampai atuk saya, saya gelarkan die TOK LEMBU.
Sekarang balik kg jd satu perasaan yang saya sendiri pun xtau. Nak kata suka, saya xde le suka sangat. Nak kata tak suka, itu tidak benar. Die jadi satu perasaan yang bersimpang baur, perasaan yang keliru. Suka, tersuka, disukai atau menyukai. Sawah yang selalu jd tempat saya dan sepupu bermain kejar-kejar dah jd ladang. Perigi yang jadi tempat saya mandi dulu dah jd berlumut. Kerbau yang selalu saya bersama adik-beradik, sepupu-sepapat kejar dah masuk dalam perut setiap saudara yang ada di kg. Lembu atuk saya juga telah dijual, digantikan dengan ayam, itik dan angsa. Saya tak boleh mengejar ayam, itik dan angsa sebab ayam, itik dan angsa tak boleh ditambat. Jadi kalau saya mengejar, saya pasti dikejar. Dan sesungguhnnya binatang yang saya paling berani nak pegang hanya kucing sahaja.
Saya takde perancangan apa yang perlu saya buat di kg. Mungkin saya menghabiskan masa dengan tidur..tidur..tidur..
Mungkin jugak saya diarah membawa kereta berjumpa sanak saudara yang ada sesetengahnya saya sendiri pun tak kenal. Dan saya akan menjadi seorang anak gadis..*uwekkk* yang pemalu, pendiam lagi bersopan-santun. *uweekk lagie...huhhh*

Tuesday, April 04, 2006

Saya kejam sekarang. Saya lupakan kawan-kawan kerana kerja. Saya masih bersama dengan kawan-kawan yang berada di sekitar saya, tetapi kawan-kawan yang jauh sedikit dari saya, saya tidak ambil peduli. Saya tidak sudi memberi walau sebuah SMS untuk bertanya khabar. Alasan yang biasa diberi, saya terlalu sibuk menguruskan kehidupan saya.
Mujurlah ada YM. Mujurlah rakan-rakan saya majoriti menggunakan YM. Saya tersentak bila mendapat tau salah seorang rakan saya mempunyai masalah. Saya baru sedar, terlalu lama masa berlalu hingga saya biarkan ruang kosong itu menjadi sebab untuk menjarakkan hubungan saya dan rakan. Saya tidak ambil peduli kenapa rakan sudah lama tidak menjengah muka, sudah lama diam membisu. Saya hanya pikir semua orang sibuk seperti saya. Ya, sibuk menguruskan kehidupan sendiri.
Bila saya sedar, saya menggunakan telepon buruk saya untuk mengirim SMS kepada rakan-rakan yang sudah lama saya tidak bertanya khabar berita. Mungkin bukan semua kerana pada masa itu kredit saya terhad hanya untuk beberapa buah SMS. Jika tidak, saya lansung tidak boleh berSMS.
Kawan-kawan, saya mintak maaf. Saya tidak bermaksud untuk melupakan semua orang yang sentiasa ada tempat di dalam hati saya. Saya cuba memperbaiki diri untuk selalu bertanya khabar. Jika saya lupa, kejutkan saya. Jika saya tidur, bangunkan saya. Saya sentiasa percaya, tanpa kawan-kawan dan family, saya tidak akan berada di tempat di mana saya berada.