Wednesday, February 29, 2012

Saya Kembali!!!..

Untuk umur yang bakal meningkat 18 tahun,
saya terasa untuk berblog kembali memandangkan saya semakin jelak dengan FB.
Ini seperti sirih pulang ke tepak.

Adios..

Sunday, May 01, 2011

Kronologi Sakit Part 1

Perut dah mula rasa sakit-sakit.
Tapi hati saya tetap cakap ini false alarm.
Walaupun jumlah kekerapan pergi ke toilet buat semua orang pikir adakah sudah sampai masa?

Nak hilang rasa sakit,
Saya surfing internet.
Lepas tu baru teringat nak update blog yang dah tak terjaga ni.

Kronologi sakit ari ni :-

Sakit bermula pukul 4 pagi.
Pergi ke toilet sebab perut memulas-mulas.
Tapi hasil nan hado.
Dari kul 4 pagi sampai ke 5 pagi asyik duk ulang alik ke toilet.

Bila rasa macam dah penat sebab takde hasil,
Keraskan hati nak tidur je dari gi toilet banyak kali.

Kul 6.30 bangun balik semayang subuh.
Sakit terasa balik.
Tapi sebab rasa tidur lagi penting,
Tidur untuk hilang rasa sakit.

Bangun-bangun,
Rasa nak gi toilet lagi.
Anggap ini satu exercise yang bagus.

Sampai ke malam,
Time tengah update blog ni,
Still terasa sakit tapi boleh bertahan lagi.

Doa semoga semuanya berjalan lancar.
Amin..

Tuesday, April 12, 2011

Ini simptom perempuan menghitung harikah?

Setelah tidur pukul 8.15 pm.
Terjaga pukul 1.30 AM.

Melipat kain.
Membaca status-status di FB.
Membelek forum-forum.
Menjelajah blog ke blog. (Ini aktiviti yang sudah lama ditinggalkan).
Membaca minggu-minggu kehamilan dari 35 hingga 40 minggu.

Dan mata yang besar makin membesar.
Adakah masa tidur saya sudah terbalik?

Bila lihat Si Bulan di sebelah ceria tidur-tak-sedar-diri,
Saya mahu itu, saya mahu itu.

Tapi bila baring,
Spontan akan terjaga.
Bila terjaga,
Tangan gatal nak surfing.

Atau ini memang simptom perempuan mengandung menunggu hari.
Persediaan mental jika bayi terjaga di tengah malam.
Kalau itulah simptomnya.
Alhamdulillah, saya telah bersedia.
Semoga saya tabah dan sabar untuk masuk ke dunia baru.

Dan waktu sekarang :

3:36 AM.

Tuesday, January 25, 2011

Sayang.zip

Semalam penat yang amat.
Telefon Bulan sebelum tidur.
Itu kelaziman.
Tapi sebab masa telepon yang terlalu awal,
Bulan mahu nonton tv dahulu.

Saya golek-golek atas katil.
Sampai mata terpejam.
Dan untuk semalam,
Kami hanya bercakap dalam 2 minit sahaja.

Dan kelaziman jugak,
Bila sampai opis di pagi hari,
Akan bukak email dahulu.

Dan rutin ini tetap berlaku pagi tadi.
Cuma yang tak rutinnya,
Tetiba ada email dari milo.
Itu nama pena si Bulan.
Katanya nama time berchatting dulu kala.

Dan itu bukan kelaziman.
Sebab Bulan jarang-jarang mau mengemail saya kecuali yang penting-penting.

To : Email saya @ domain company
From : Milo
Subject : To my darling
Attached : Sayang.zip

Saya pikir ini pasal hal-hal yang selalunya penting-penting.
Saya download dan buat kerja opis dengan tenang dahulu.
Bila otak sudah lapang sedikit,
Baru download dan extract Sayang.zip.

Oh,
Itu bukan fail penting-penting.
Tapi itu sangat penting di hati saya.
Bulan kirimkan lagu.
Perkara yang jarang-jarang di buat,
Bila di buat bisa buat hati terharu.

Terima Kasih Sayang.
Dunia tanpa sempadan,
Cinta tanpa had.

Sayang - Ajai & Marsha

La la... ku sayang kamu...
la la memang ku cinta...
la la la la.....

Ku taruh hati ku
pada bicara tentang cinta
kau mungkin pun tahu
kata hati mu

Aku cuba menghalang
tapi ku tak terdaya kasih
namun sayang yang hadir
membawa sinar

Lena aku didalam pelukanmu
ku tak pernah rasa cintamu sebegini
bisakah terus begini
pertahankan cintaku

Kata hati jangan lepaskan cinta
kerna kita seharuslah hidup bersama
biar badai datang melanda
cinta tak akan goyang

Rasa akan tentukan
kesetian hati ini
kita terus bergini
hingga akhirnya... ohh...

Memangku cinta
ku sayang kamu

Aku cinta
ku sayang padamu..




Wednesday, January 05, 2011

Tiba-tiba Rasa Nak Bercerita

Tup tap, tup tap,
Dah masuk 2011.
Tup tap,tup tap,
Ini tahun last untuk angka 20-an.

Walaupun tahun last untuk kategori 20-an,
Saya tetap rasa di ambang 18.
Bajet muda remaja sentiasa.
Walaupun perut sudah buncit di depan.

Perut buncit ini sudah 5 bulan ++,
Kaki dah rasa berat nak melangkah.
Tak boleh lari-lari.
Tak boleh jalan lelaju.
Berjalan ala-ala princess melambai-lambai.

Dan keletihan paling ketara ialah cramp di pagi hari.
Susu yang saya liat nak minum pun sudah minum bertogok-togok.
Tapi cramp tetap nak jadik judak.
Redha jelah sambil menunggu hujung minggu,
Nak mintak Bulan urutkan betis kaki.
Kihkihkih..

Tapi bila dah bermanja-manja,
Mula la time hari bekerja asyik teringat-ingat.
Nak-nak usapan di kepala.
Bikin gua leleh bila tetiba memori tu datang kat kepala.

Oh,
Saya harus sabar dan tabah.
Sebab saya mahu baby jadi orang yang sabar dan tabah.
InsyaAllah.
Jangan jadi baran macam mama dan babanya.
:)..

Semoga semuanya baik-baik belaka.
Amin..