Tuesday, April 12, 2011

Ini simptom perempuan menghitung harikah?

Setelah tidur pukul 8.15 pm.
Terjaga pukul 1.30 AM.

Melipat kain.
Membaca status-status di FB.
Membelek forum-forum.
Menjelajah blog ke blog. (Ini aktiviti yang sudah lama ditinggalkan).
Membaca minggu-minggu kehamilan dari 35 hingga 40 minggu.

Dan mata yang besar makin membesar.
Adakah masa tidur saya sudah terbalik?

Bila lihat Si Bulan di sebelah ceria tidur-tak-sedar-diri,
Saya mahu itu, saya mahu itu.

Tapi bila baring,
Spontan akan terjaga.
Bila terjaga,
Tangan gatal nak surfing.

Atau ini memang simptom perempuan mengandung menunggu hari.
Persediaan mental jika bayi terjaga di tengah malam.
Kalau itulah simptomnya.
Alhamdulillah, saya telah bersedia.
Semoga saya tabah dan sabar untuk masuk ke dunia baru.

Dan waktu sekarang :

3:36 AM.