Friday, March 31, 2006

TELEPON SAYA

Sekarang semua orang pakai telefon tangan yang canggih. Bila dapat panggilan, ada lagu radja, lagu ratu, lagu akon. Bukan setakat bunyi, siap dengan orang menyanyi. Yang lagi nak menampakkan kecanggihan, guna telepon tangan 3G. Bila di tanya macam mana fungsi, terkebil-kebil sebab guna telefon untuk jawab panggilan, hantar sms, buat panggilan.
Kalau telefon saya berbunyi di ofis, tak perlu pandang kiri-kanan sebab tau itu mmg bunyi dari telefon saya. Bila orang belek-belek telefon saya, tak hafal keypad memang tak boleh guna sebab no. di keypad semua "invisible". Berjalan membawak telefon, rakan opis menegur macam kucing tgh berjalan. Bukan sebab saya berjalan macam kucing tapi loceng di telefon tangan saya yg mengingatkan bunyi loceng kucing.
Balik kampung beramai-ramai, saya tak letak telefon dalam bilik tapi buat pameran atas almari sederet dengan semua telefon tangan seisi rumah. Orang pasti boleh nampak telefon saya dengan jelas, telefon yang cover belakang warna ungu, depan warna biru.
Semalam, saya letak telefon atas katil. Anak saudara yang noti datang senyap-senyap, ambil telefon saya, baling tinggi-tinggi, tercampak bawah katil. Saya menjerit, anak saudara suka. Suka sebab ingt saya tgh buat lawak. Nak marah pun saya tak mampu, terkedu je lebih. Terkedu bila pikir apa jadi pada telefon saya yang usai. Saya ambik penyapu, jolok-jolok, ade bunyi "tit"..jolok lagi, ade bunyi "tit". Anak sedare pun amik penyapu, jolok-jolok tapi takde bunyi sebab die jolok ape die rase nak jolok. Akhirnya saya dapat capai telefon. Casing dah melayang yang tinggal telefon dan fungsi-fungsinya. Saya jolok lagi, akhirnya jumpa. Jumpa casing saya yang patah lagi dihujung. Tak pedulik, tetap nak guna. Barang lama, makin simpan makin berharga. Mungkin takde harga dari segi duit tapi dari segi kenangan, MAHAL TUE....

Thursday, March 30, 2006

SAYA MALAS HARI NI

Saya malas arie nie. Saya malas arie nie. Saya tak buat kerje. Saya sibuk berYM. Saya sibuk baca paper online. Saya sibuk tgk blog orang.

SAYA MALAS HARI NIE.

Mungkin saya perlukan cuti. Otak saya dh jadi buntu. Mungkin. Segalanya mungkin. Saya dah lama tak bercuti. Tgh mencari member yg nak cuti bersama. Sape berminat?jom..cuti cuti Malaysia...

Tuesday, March 28, 2006

Masih lagi pada paras kebzan melampau jadi saya tidak dapat berkata-kata di dalam blog. Saya hanya boleh berkata-kata di dalam hati. Berckp dengan hati sendiri sgt menyiksakan kerana terlalu byk pilihan. Jika saya berckp dgn blog, saya hanya bercerita dan blog mendengar. Jika saya rasa luahan itu melampau, saya hanya perlukan blog sahaja yg mengetahui bukan kucing saya mahupun jiran tetangga saya.
Oh, kucing saya. Saya sekarang bimbangkan kucing saya lebih dari saya bimbangkan tayar kereta saya yg sudah merekah. Mak dan abah mungkin akan mengambil masa yang lama utk menjaga kakak ipar yg sakit di sarawak. Kucin saya..Buk saya akan keseorangan untuk jangka masa yang lama. Saya bimbang Buk saya akan dirogol dan bunting akhirnya. Bukan saya menolak hukum alam, tapi saya tak rela melihat anak Buk di anggap Buk sebagai barang mainan oleh Buk dan boleh bertahan dalam masa seminggu sahaja. Selepas itu Buk akan menjadi sasau sekejap kerana memikirkan ade orang menyorokkan anaknye yang sudah mati.
Saya selalu terpikir, enak ke mimpi Buk kalo bertilamkan kotak sahaja.Buk sudah biasa tidur di atas katil, beranginkan kipas di dinding. Saya khuatir, saya tidak dapat berjumpa Buk lagi kerana Buk saya diambil orang. Orang yang pikir Buk adalah kucin jalanan yang manja tetapi tidak bertuan.Saya sudah letih rase sedih kehilangan kucing. Selepas Peter pergi, saya sudah malas memanjakan kucing. Saya enggan bermain dengan kucing. Saya benci bila rase kehilangan.
Buk datang tak di undang. Buk tak perlu dimanja. Buk tak perlu di ajar di mana tandas, dimana bilik air. Buk seperti manusia jelmaan kucing.
Buk bukan sahaja kucing tapi sudah menjadi salah seorang ahli keluarga saya. Kurang seorang ahli buat kita rase sedih. Saya sekarang bukan sedih, tapi risau. Ye, saya risau tapi saya malu untuk nyatakan risau saya kerana seekor kucing yg saya anggap seperti kwn baik saya.
Semoga Buk pandai berdikari. Semoga bila saya balik akhir bulan April, Buk sama seperti yang saya lihat di awal Mac.Semoga semuanya berjalan lancar. Semoga..dan semoga...

Wednesday, March 22, 2006

Teman Tapi Mesra

Surat ini kawan saya tujukan pada seseorang tapi dia terlupe pejabat pos dh tutup pukul 11.20 malam. Guna email die xmau sbb seumur hidup tak pernah menggunakan email. Saya xnak sia-siakan ape yg die tulis, jd saya copy paste di sini.

Di suatu malam sepi
Di Kuala Lumpur
100, Kuala Lumpur.


Kepada Teman Tapi Mesra,

Saya tak sedar di mana kita bermula tapi saya juga lupa macam mana boleh berakhir. Saya tak pernah berniat utk meluka atau terluka. Mungkin perlakuan saya yang membuatkan saya tidak tahu saya melukakan teman. Saya tidak pernah berbangga teman mengharap sedang saya menggeleng. Saya bertambah rasa sesal bila teman tetap teguh dgn janji teman.
Bila saya mendengar lagu Teman Tapi Mesra, saya akan menjadikan diri saya seperti model video klip di dalam lagu walaupun tidak selawa model2 yg ada di Malaysia. Saya menolak bukan kerana saya ada yg lain seperti lirik di dalam lagu.
Cuma hati saya tidak dapat menerima seseorang yg lain untuk berada lebih rapat di dalam hati saya selain family dan teman. Saya jugak bukan obses dgn kenangan lampau cuma...ye cuma saya kurang pasti saya serik atau khuatir. Saya cuba menggunakan cara yang selalu di ajar kaunselor di dalam majalah-majalah yang bercerita tentang kuiz untuk diri sendiri.Dalam keadaaan bertenang, rileks, saya memejam mata dan cuba membayangkan siapa yang akan ada di depan saya. Pejam mata adalah sia-sia sebab saya tidak dapat melihat sesiapa walaupun kenangan lampau saya.Nah, bukankah saya kata saya tidak obses lagi dengan kenangan lampau. Bukan kenangan lampau yg buat saya menolak.
Saya pinta pada teman tapi mesra, carilah seseorang yang pasti tidak menggeleng, pasti menghulurkan tangan bertepuk tangan bersama-sama. Jika tidak, saya akan rasa bersalah dan terus bersalah. Jangan terus menunggu saya kerana saya sendiri tidak pasti sampai bila mangga saya boleh dibukak. Jika Tuhan telah takdirkan teman adalah perjalanan hidup saya dari seorang kepada berganda, saya terima takdir itu. Tapi utk sekarang, saya masih saya yang khuatir dan sering rasa tidak percaya.

Jika kita teman, kita masih menjadi teman sampai bila-bila yang kita suka. Jika kita lebih dari teman, suatu hari jika ada perpisahan, kita adalah orang asing yang hidup dengan dunia kita sendiri. Saya lebih memerlukan teman kerana saya inginkan teman sehingga akhir hayat saya.

Saya Yang Bersalah,
Siti Nurhalijah Pajeroh.

Monday, March 20, 2006

PICNIC-Ulu Yam

"Berkelah di sungai yang indah,
Bermacam acara digubah,
bla..bla..bla..dah tak ingat dah"

Ahad lepas buat perkhemahan. Gabungan berkhelah dan berkhemah. Walaupun semua perempuan, semuanye perempuan gagah perkasa. Yang boleh memasang khemah, yang boleh membawak pembakar ayam. *Saya tak tahu ape name mende alah tue*, yang boleh menyalakan api, yang boleh mengipas api, yang boleh memakan ayam * itu saya*, yang boleh memasak bihun, *itu org lain, yang boleh membuat pulut durian, *itu jugak mak orang lain*,yang boleh membuat bihun, *itu kawan saya yg suke menemankan saya..toche..toche..*..dan makanan-makanan ringan juga minuman berat. Berat dalam ertikata terpakse menggunakan kedua belah tangan sambil merentas jambatan titi gantung.
Saya tidak sabar melihat air ibarat sy tidak sabar berjumpa bakal mak mertua. Sangat mendebarkan dan teruja sekali. Perut sakit bukan sebab masalah kesihatan tapi terlebih gelak. Di dalam air bergelak ketawa, terasa macam di tempat salji, bila cakap berasap-asap.
Saat untuk pulang saat yang meletihkan. Jika diberi pilihan baring atau terus berjalan, saya pilih tidur di tangga.
Terima kasih utk lelaki yg mulanya di anggap pengaco tapi hero jalanan. Toche, toche..air itu wangi kerana kami semua menggunakan syampu baby kuza.:D..
Selepas itu beristirehat sambil menghabiskan sisa-sisa makanan yang ade di tepi jalan di empangan sambil mengambil gambar. Ohh, saya sangat letih, letih sekali. Saya tidur malam itu, kaki di bawah katil, bdn di atas katil, kepala di tepi katil.

Friday, March 17, 2006

MInggu ini memenatkan. Minggu sebelum-sebelum penat jugak tapi tak penat seperti minggu ini. MInggu ini tiada masa untuk berYM disiang hari, tiada masa utk membaca blog kegemaran, tiada masa membaca berita terkini, tiada masa membaca artikel-artikel menarik, tiada masa melihat tutorial juga tiada masa mengupdate entry. Hari ini ada masa sebab bilik kerja telah dikunci dan orang bertanggungjawab belum tiba lagi. Jadi hari ini ada masa update entry tapi xde mase berpikir nak buat tag. Sorie put, nnti free, zura wat tag tue.

Hari ini jugak ada lepas geram ERA. Bersesuaian utk sy lepaskan geram jugak hari ni. Lepas geram kene cakap edisi sendiri.1,2,3..

Aku bangun lambat, bukan tak sengaja tapi sengaja sebab semalam aku tidur lambat. Sengaja le tue kirenye sebab aku tau esok aku kerja lagi mau tido lambat. Angkara Stolen Moment, aku sanggup korbankan masa kerja. Aku pecut kereta hari nie dgn pecutan 120km/j. Mungkin kalo kereta yg 1.2cc ke atas tiada masalah, tapi kancil memang ada masalah. Ah, pedulik janji aku sampai awal. Aku boleh sampai dari putrajaya ke cheras dalam masa 15 minit. Oleh itu, gunakan laluan kajang SILK jika mau cepat sampai ke cheras. Jangan lupa dengan pecutan kereta.
Yang aku geram, aku tengah laju, aku guna lorong kanan tapi ade kereta lembap macam siput guna lorong paling kanan. Semua orang yang kelam kabut mengejar punch card macam aku mesti menyumpah-nyumpah kereta macam siput nie sebab kene buat emergency break. Tak pasal-pasal hari jumaat, hari berkat, bahu kanan aku dah jadi ringan.

Utk kereta macam siput, kasi arr sikit ko punye keberatan kat bahu kanan sebab dah kurang sgt nie. Gile babeng aku menyumpah ko tadi. Kalo tak dapat potong kete ko tadi kompem aku leh masuk Spital Sakit Jiwa.

Ini membuktikan teori ramai rakyat Malaysia mempunyai tekanan jiwa disebabkan kejadian-kejadian seperti ini.

Hadapi Dengan Senyuman - Dewa

HADAPI DENGAN SENYUMAN
SEMUA YANG TERJADI
BIAR TERJADI….
HADAPI DENGAN TENANG JIWA
SEMUA... KAN BAIK BAIK SAJA

BILA KETETAPAN TUHAN
SUDAH DITETAPKAN
TETAPLAH SUDAH….
TAK ADA YANG BISA MERUBAH
DAN TAKKAN BISA BERUBAH

REFF
RELAKANLAH SAJA INI
BAHWA SEMUA YANG TERBAIK
TERBAIK UNTUK KITA SEMUA
MENYERAHLAH UNTUK MENANG

Tuesday, March 14, 2006

Savvy dan Myv. Dulu suka Savvy. Gile kutuk abih Myv, lampu macam mata katak, montot belakang macam montot kerbau padahal saya tak pernah lagi seteliti meneliti mata katak dan montot kerbau. Mata katak kalau diteliti bahaya oo, kalau katak itu kencing terkena mata kita boleh menyebabkan buta berpanjangan. Saya taktau fakta yang arwah opah saya beri itu betul atau tidak tapi sampai sekarang saya sangat takut dgn katak dan jika berjumpa katak, seboleh mungkin cuba mengelak dari bertentang mata dgn katak. Mungkin juga opah saya takut cucu-cucunya bermain dgn katak lalu membaling kepada beliau menyebabkan beliau akan melatah dan terus melatah.

Eh, kenapa cerita pasal katak? saya nak cerita suka Savvy, kurang suka MYv. Tetapi, rasa suka itu hanya sebelum tanggal hari AHAD, 12/3/2006. (selamat hari lahir mak). Selepas tarikh itu, saya tidak sukakkan Savvy, igauan ngeri membawa Savvy. Tarikh keramat mula membenci Savvy, saya membawa Savvy pergi beramai-ramai ke rumah pengantin lelaki. (suami kazen saya). Saya menghidupkan enjin, saya masukkan gear 1 untuk memulakan perjalanan. Selepas itu, memasukkan gear 2 dan seterusnye gear 3. Bila saya masukkan gear 3, semua di dalam kereta melonjak ke hadapan, saya undur gear kembali ke gear 2. Selepas itu cuba untuk memasukkan kembali gear 3, perkara yg sama berlaku. Sepupu di sebelah mula rasa cuak walaupun die tidak pandai memandu tetapi pandai memasukkan gear. Jadi keputusan di ambil, saya memandu, dia di sebelah berfungsi sebagai pembantu memasukkan hanya gear 3. Perjalanan lancar. Semua di dalam kereta menarik nafas lega. Tapi saya tidak lega, Malamnya, saya sakit di sebelah tangan kiri hasil dari memasukkan gear kereta Savvy. Sakit di tangan kiri sama seperti saya sakit tangan kerana bermain badminton.

Bila difikirkan kembali, ok jugak org disebelah memasukkan gear. Sama-sama penat, sama-sama tak boleh tidur, sama-sama kena peka. Jadi pengamalan konsep seperti ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung membuahkan hasil. Kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu. Hoyeaaa....

Thursday, March 09, 2006

Telefon

Telefon dan no. telefon umpama irama dan lagu. Telefon wujud tanpa no. telefon tapi tak berseri sebab tak boleh digunakan. Telefon byk kenangan dalam hidup saya dari telefon awam yang selalu takde ganggang sampai telefon bimbit yang bergaya tapi xde kredit.

Sekolah Rendah : Zaman ini, panggilan telefon utk saya hanya dari family, rakan-rakan perempuan. Jika ada panggilan dari org yg saya tidak kenali ataupun rakan-rakan lelaki, saya hanya mendiamkan diri walaupun panggilan itu saya terima sehingga orang yg membuat panggilan merasa buhsan dan meletakkan telefon.

Sekolah Menengah : Banyak menyimpan duit di telefon awam utk menghubungi keluarga dan mengacau hidup org yg mengganggu saudara saya. Bersifat melindungi dengan membalas org yg mempermainkan hidup saudara saya dgn mempermainkan kembali apa yang dimainkan. Sebagai cth, menelefon, berborak panjang sehingga org yg dipermain merasa teruja dan teringin nk berjumpa. Berjanji berjumpa tapi hanya di telefon dan ketawa berguling-guling bila saudara memberitahu org dipermain dtg tapi rasa kesal kerana org dipermain rupanya eksiden semasa dalam perjalanan.

Matrikulasi : Dari telefon awam bertukar telefon bimbit. Aktiviti bermain makin giat dgn menyamar di MIRC sebagai lelaki. No. yang A beri di beri kepada B dan no. B beri diberi kepada A. Tidak merasa bersalah sebab mengeratkan silaturrahim antara A dan B.

Universiti : Umur makin meningkat, fikiran jadi matang sedikit. Telefon hanya utk orang dikasihi, diingati dan dirindui.

Kerja : Telefon hanya utk perkara yang penting.

Mengikut peredaran zaman, fungsi telefon sepatut makin bertambah tapi utk saya telefon semakin berkurangan fungsinya mungkin kerana ada teknologi yang lagi baik -> internet. Fungsi telefon hanya utk SMS dan disebabkan saya kurang menggunakan telefon atau hasil dari perbuatan-perbuatan dulu, telefon saya membuat perangai. Oh, saya sayangkan telefon saya walaupun telefon itu boleh dibaling ke dalam sungai sebab sering membuat hal tatkala saya sedang bercakap dgn bonda.

Tuesday, March 07, 2006

KAta Ganti Diri

Saya ada banyak kerja tapi saya tetap luangkan masa untuk sesi luahan hati kerana saya berada dalam tekanan yang tidak dapat dilihat dari mata kasar. Saya menggunakan kata ganti diri "saya" kerana telah berazam utk menukar kata ganti diri "aku" kepada "saya" apabila umur menjangkau 24 tahun hanya apabila saya berkata-kata di dalam blog. Saya menggunakan kata ganti diri mengikut peredaran zaman. Sewaktu saya masih di alam baru mula mengenal kawan, saya menggunakan kata ganti diri *TUT* apabila berkomunikasi dgn famili. Bila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, saya menggunakan kata ganti diri *KITA*. Memasuki peredaran zaman ke arah zaman lepas bebas aka matrikulasi, saya menukar kata ganti diri *AKU*. Adakalanya, apabila saya sangsi utk menggunakan kata ganti diri, saya menggunakan kata ganti diri *SAYA* atau pun berckp tanpa kata ganti diri.

Apabila saya mengenal seseorang, buat pertama kalinya di dalam hidup, saya menggunakan kata ganti diri nama sendiri. Orang itu bukanlah kekasih saya, malah bukan tunangan saya tetapi seorang rakan perempuan yang baik hati yg sering menggunakan kata ganti diri dgn namanya. Permulaan saya mengenali beliau, saya sangsi apa kata ganti diri yg paling sesuai utk sy guna apabila berkomunikasi dgn beliau. Akhirnya saya memutuskan utk mengikut kata ganti diri yg beliau gunakan apabila berkomunikasi dgn saya.

Untuk permulaan saya mengenali seseorang yg baru dalam hidup saya, perkara yang paling merunsingkan saya ialah kata ganti diri. Saya memerlukan pemerhatian yg mendalam utk menggunakan kata ganti diri yg sesuai. Perkara sekecil itu sudah saya fikirkan secara mendalam apatah lg tekanan-tekanan hidup yang berada di sekeliling saya. Jadi jgn tertipu dgn nasihat, ketenangan muka atau apa-apa sahaja yg membuatkan org di sekeliling saya menganggap saya seorang yang sentiasa gembira, tidak pernah bermasalah. Yang paling penting, saya tidak boleh dijadikan IDOLA kerana saya juga sentiasa lemas dalam tekanan di sekeliling saya.

Friday, March 03, 2006

Mimpi Ngeri

Aku tak sukerk, tak sukerk..aku tak sukerk mimpi camtue. Bila bangun aku rasa berdebar. Aku takut mimpi jd kenyataan. Arghh..mimpi mainan syaitan..abaikan je..Aku palin takut bila aku bangun tidur mimpi bukan lg mimpi. Semoga mimpi kekal jd mimpi.


Some painters transform the sun into a yellow spot, others transform a yellow spot into the sun.

Pablo Picasso

AKU BUKAN UNTUKMU

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Wednesday, March 01, 2006

Entry Khas Utk ALang

Entry ini sy buat khas utk kwn sy alang supaya die boleh mengetahui kesukaan dan ketaksukaan sy. Semoga kami-kami (angah, ude, alang & Ayang) yg kununnya hendak duduk serumah akan memahami kesukaan dan ketaksukaan walaupun angah tau hanya angah yg duduk seorg bersama kucing-kucing yg comel.


Makanan Kesukaan:
Semua makanan yg ada ayam.

Makanan Ketaksukaan:
Semua makanan yg ada telur.

Penyelesaian utk Alang:
Belanja angah makan nasi ayam sbb mmg kompem ayam.

Brand Baju Kesukaan:
Tidak memilih asalkan selesa dan senang diiron.

Brand Baju ketaksukaan:
Brand yg suke menghasilkan baju yg cepat luntur dan terkena baju2 yg lain.

Penyelesaian utk Alang:
Kalo terbeli baju utk angah yg cepat luntur, boleh belikan baju yg baru….^_^

Seluar jeans kesukaan:
Yg dihasilkan drpd bum.

Seluar jeans ketaksukaan:
Kaki dh muat, pinggang besar.

Penyelesaian utk Alang:
Bleh tak kite same-same pergie cari seluar jeans yg angah tak payah potong kaki seluar?

Kasut kesukaan:
Selipar utk bwk kete.(eh, itu bleh masuk dlm kategori kasutkan)

Kasut tak kesukaan:
Kasut sarung yg terbeli size besar.

Penyelesaian utk Alang:
Nnti kalo duk serumah, alang leh pinjam ape saje kasut angah tp jgn selipar kereta sbb nnti angah xleh bwk keter kene jln kaki.

Lelaki kesukaan(oppss…):
Yg boleh buat angah gelak bila sedih, tenang bila gelisah, berani bila takut.

Lelaki ketaksukaan:
Marah tak bertempat, cemburu tak menentu n x dpt bezakan rantai leher angah ke rantai leher die lagie hebat.



Penyelesaian utk Alang:
Kenalkan angah dgn Takuya ke, Ekin Cheng ke Jason (Sepet) ke sbb semua tue x pakai rantai leher…^_^

Warna Kesukaan:
Biru, biru dan biru.

Warna Ketaksukaan:
Pink walaupun angah ade baju pink…^_^

Penyelesaian utk Alang:
Dinding rumah kite cat warna kesukaan masing-masing biar jd bendera.

Hiasan Kesukaan:
Yg simple dan tak perlukan angah kene lap habuk setiap hari. (alergik)

Hiasan Ketaksukaan:
Hiasan yg ade lekuk-lekuk, cth kerrawang kat kerusi. (Susah nk lap habuk)

Penyelesaian:
Beli aje perabot kat IKEA…^_^

Sabun mandi kesukaan:
Angah pakai shower foam shokubutsu.

Sabun mandi ketaksukaan:
Yg ade bau mcm lipas.

Penyelesaian utk Alang:
Kita boleh berkongsi shower foam kalo alang suke shokubutsu.

Nanti-nanti buat sambungan ek, penat dah taip. Alang hapal ek pastue alang plak buat.

Selamat Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Darat Malaysia yg ke 73

“Inilah barisan kita,
Yang ikhlas berjuang,
Siap sedia berkorban,
Utk ibu pertiwi”

Selamat ulang tahun angkatan tentera darat Malaysia yg ke 73. Mase darjah 1, sy pernah bercita-cita nk jd askar. Mungkin ada daya tarikan ulang tahun yg sama. Malangnya tinggi tak mencukupi utk jd hero Negara. Juga tidak lupa, Selamat hari ulang tahun utk "TUT" . Cukup 24, cukup masa utk pikir masa depan yg cemerlang, gemilang dan terbilang.

Terima kasih kawan-kawan yg beri ucapan. Tak lupa kenalan yg sentiasa mengingati. Saya bangga mengenali kalian. Saya dikelilingi kawan-kawan yg membahagiakan sy. Bila kawan berdoa semoga sy bahagia slalu, sesungguhnya saya bahagia bila bersama kawan. Saat yang paling membahagiakan saya bila berjumpa dgn seseorang yg digelar sahabat, rakan dan kawan.

Semoga kita berkawan sampai mati. Biar jarang bertemu, biar jarang bertegur sapa, didalam hati ingatan sentiasa. Saya sedih bila dilanda duka tapi sy lg sedih jika sy berduka tiada sahabat, rakan atau kawan di sisi sy.

Sekian ucapan dari "TUT" sempena ulang tahun yg ke -12…opss..24..

Huhuhu, aku dh 24, ohh..tidakkk…ape nie, minyak naik, barang naik, umur naik, tinggi x naik. Berat please, jgn le naik. Aku sekarang dh kuat mkn. Huhuhhu..Mekacey kat Put yg belikan kek, adiah perfume tue buat "TUT" rase mcm jd Paris Hilton…ahhahaha..even x tinggi mcm Paris Hilton. Mekacey gak KFC yg menjilat jari. Lenkali bleh le rase Put masak sampai menjilat jari kaki…^_^..

Mekacey gak kat member-member yg sudi nk luangkan masa bersama. Along, coklat ko kasi anak sedare aku bedal. Cuma, Cuma..nape “mama” x ingt??Selalu bila aku x ingt beday sendiri, mak yg akan ingtkan sambil wish tepat kul 12. Hari nie aku ingt beday aku tapi mak lansung x ingt. Waaa…xper, xper..mak n abah bz sekarang. Tak kisah, ingt ke tak ingt, janji aku tetap ade dalam hati mak n abah…^_^..sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknye ini.